Berapa lama serunding Kelantan tahan?
Itu adalah soalan yang sering kita tanyakan setiap kali ingin membeli atau menempah serunding. Di AD Serunding Kelantan, serunding kami tahan sehingga SATU tahun!!!!.
Pada label serunding kami, kami letak tarikh luput selama 1 tahun daripada tarikh pembuatan serunding. Kami ada buat sedikit eksperimen (macam dalam lab pula, zaman-zaman sekolah dulu), kami telah menyimpan serunding ayam yang dibuat pada bulan Jun tanpa memasukkanya ke dalam peti sejuk. Hasilnya, setahun selepas itu, ia masih kekal sedap, enak dan menyelerakan untuk dimakan bersama nasi atau roti.
Alhamdulillah, serunding kami inshaAllah terbukti berkualiti, tahan lama dan sedap. Jangan ragu untuk membeli serunding kami kerana ianya halalan toyyiban dan diusahakan oleh 100% Melayu muslim.

No comments:
Post a Comment