Mengenai AD Serunding

AD Serunding Kelantan adalah sebuah syarikat pembekal serunding asli Kelantan yang berkilang di Kampung Laut, Tumpat Kelantan. Bernaung di bawah jenama syarikat AlKhattab Solutions (002077451-H), pemasaran online AD Serunding Kelantan bermula pada awal tahun 2013 selepas berpengalaman memasarkan serunding Kelantan secara offline dan konvensional. Kami bermatlamat untuk memakmurkan ekonomi Islam dengan menjadi antara usahawan Muslim yang cuba menembusi bukan sahaja pasaran tempatan malah pasaran antarabangsa, khusus untuk produk serunding dari Kelantan buatan 100% bumiputera ini.

AD Serunding Kelantan mencuba mengorak langkah ke hadapan dengan sedaya-upaya menerapkan prinsip bisnes ala Rasulullah, yang mana cuba mendekati setiap peniaga kecil dan sederhana. Ini bagi meluaskan lagi sektor perdagangan Islam, sebagaimana yang telah dilakukan Rasulullah pada zaman Baginda.

Dengan penuh pengharapan, AD Serunding Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang sentiasa menyokong dan mendoakan kami. Ucapan terima kasih kami takkan terhenti di sini. Semoga produk serunding asli kami ini akan dapat diterima bukan sahaja di Kelantan, atau di Malaysia malah di seluruh dunia. Harapan kami agar serunding asli Kelantan dapat berdiri megah sebagai antara jenama makanan halal seiring dengan jenama makanan lain yang popular di dunia.


Hubungi kami di talian 0176681647 atau email adserunding@gmail.com untuk sebarang komen, kritikan, maklumat, pertanyaan atau apa sahaja berkenaan serunding asli dari Kelantan. Kami mengalu-alukan pandangan serta idea anda. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment