Sebagaimana yang anda telah tahu, serunding dari AD Serunding adalah 100% tulen buatan bumiputera Kelantan yang menetap di Kampung Laut, Tumpat. Kampung Laut terletak di jajahan bernama Tumpat yang bersempadan dengan daerah Kota Bharu, Pasir Mas dan sempadan antarabangsa Thailand.
Kampung Laut terletak di pinggiran Sungai Kelantan
Dulu-dulu, Kampung Laut Tumpat ini popular dengan Masjid Kampung Laut. Antara masjid yang tertua di Nusantara. Masjid ini telah dibina berhampiran pinggiran Sungai Kelantan oleh pengembang Islam yang berulang-alik dari Champa dan Jawa pada abad ke-18. Namun, oleh kerana Kelantan dilanda banjir teruk pada tahun 1966, masjid ini rosak dan terpaksa dipindahkan oleh kerajaan negeri ke tempat lebih selamat (Nilam Puri).
Kini, Kampung Laut masih lagi popular. Popular kerana ia kini digelar Kampung Serunding. Di mukim Kampung Laut ini sahaja, terdapat lebih 50 pengusaha serunding yang menghasilkan bertan-tan serunding setiap minggu. Lebih dikenali sebagai 'Sambal Daging' oleh masyarakat Kelantan, serunding daging adalah antara jenis serunding yang lebih digemari berbanding sambal ayam (serunding ayam) atau sambal ikan (serunding ikan). Namun begitu, tak kisahlah jenis daging, ikan atau ayam, kalau namanya serunding dari Kampung Laut, Tumpat, memang ia antara serunding tersedap, terbaik dan paling tinggi kualitinya di seluruh Malaysia.
Penggunaan ramuan rempah ratus bermutu memberi rasa yang sedikit pedas dan seimbang rasa manis dan masin dalam serunding Kampung Laut benar-benar tidak akan mengecewakan penggemar serunding di seluruh dunia.
Dengan menggunakan cara merebus daging yang baik (lebih 4 jam), serunding Kampung Laut juga tahan lama. Serunding Kampung Laut tahan selama 6 bulan sehingga 1 tahun (tanpa dimasukkan ke dalam peti sejuk) dan ia amat sesuai untuk di bawa ke luar negara.
Menjelang Aidilfitri serta Tahun Baru Cina, permintaan serunding Kampung Laut akan meningkat sehingga berkali-kali ganda.










