Wednesday, 4 May 2016


10 Makanan Malaysia yang Sedap Dibawa ketika Travel / Mengembara


Jika kita mengembara ke negara bukan Islam atau mengembara dalam tempoh yang lama, kita seringkali merasa rindu ingin menjamah sesuatu yang kena dengan tekak Malaysia kita ini. Walaupun kita boleh mendapatkan makanan halal, namun sesekali perut kita mula mengada-ngada mahu menjadi patriotik. Lagi pun, sesetengah negara meletakkan harga yang tinggi terhadap makanan halal.

Oleh itu saya ingin mencadangkan sahabat-sahabat semua 10 makanan yang boleh difikirkan dan dipertimbangkan jika ingin dimakan ketika mengembara.

Namun perlu diingatkan, periksa dahulu syarat-syarat penerbangan sesetengah negara. Ada larangan-larangan yang perlu diambil perhatian, contohnya seperti di negara Australia, serunding daging tidak dibenarkan dibawa (jadi kena declare serunding itu jenis serunding ikan atau lain-lain). Makanan-makanan yang diletak di dalam bagasi pula perlu diisytiharkan dahulu. Jika tertangkap, dendanya hampir sama dengan harta tiket kapal terbang yang anda bayar.

Baiklah, makanan-makanan yang boleh difikirkan adalah seperti berikut:-

1. Serunding
Serunding ada pelbagai jenis, ada daging, ayam malah ikan juga.Kalau di luar negara, juadah serunding ni kalau dapat dimakan dengan roti pun dah hilang lapar & rindu ke malaysia. Kalau travel ke Jepun pula, boleh beli onigiri (nasi kepal Jepun yang Halal tu) dan makan dengan serunding daging. Haa, dah rasa macam makan pulut kepal dah. Kini serunding amat mudah didapati di kedai, pasar malam malah di pasaran online juga dah ada. smile emoticon

2. Sambal ikan bilis kering
Ia antara yang menaikkan selera lebih-lebih lagi apabila dijamah di negara orang. Cara memasaknya mudah dan pelbagai. Yang paling mudah, tumis bahan-bahan yang telah dikisar seperti cili kering, bawang putih dan bawang merah, kemudian masukkan ikan bilis setelah bahan tumis pecah minyak dan kering. Letakkan garam dan gula secukup rasa. Saya suka jika ia ada rasa masam, jadi bolehlah ditumis bersama asam keping. Ikut selera masing-masing. Lain orang lain cara.

3. Sambal hitam Pahang
Saya pernah bekalkan sambal hitam kepada rakan saya ketika beliau mengembara ke Indochina. Beliau menghidangkan sambal hitam bersama mee segera. Saya pula, pasti lazat jika dihidang bersama roti dan nasi panas.

4. Nasi segera
Kebanyakan kedai serbaneka di luar negara sudah mempunyai makanan-makanan segera dari negara Asia seperti Korea Selatan dan Jepun. Antara produk yang boleh dibeli dan tidak diragui adalah nasi segera. Ketika teman-teman pejabat saya ke Korea Selatan tahun lepas, mereka membeli nasi tersebut dan dimakan bersama sambal kering dan serunding.

5. Mee/Mihun Segera
Ini adalah makanan biasa yang dibawa hampir semua pengembara. Terdapat banyak jenama dan perasa. Ia mudah dibawa dan hanya memerlukan air panas. 2 minit, siap! Mee segera

6. Brahim
Ia makanan segera yang dipaket kemas dan mudah dibawa ke mana-mana. Pelbagai menu makanan Malaysia menjadi produk yang dipasarkan oleh jenama Brahim. Nasi goreng kampung pun ada. Hanya perlu dipanaskan di dalam ketuhar atau diletakkan di dalam air yang mendidih selama beberapa minit tanpa membuka pembalutnya, makanan sudah pun siap untuk dimakan.

7. Ikan bilis goreng masak kicap
Yang ini sungguh mudah. Potong bawang, kemudian tumis, masukkan cili padi yang dipotong-potong semasa menumis jika mahu pedas, tuang kicap dan masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Kacau sehingga kering dan tutup api. Ikut anda, mungkin resepi anda lebih menarik dari saya. Resepi saya ini resepi orang malas.

8. Sardin dalam tin
Jika gusar mengenai makanan halal di negara luar, bawa sahaja ikan sardin di dalam tin yang dijual di Malaysia. Sudah tentu ia tahan lama.

9. Sambal belacan segera
Ada beberapa jenama yang dijual di pasaran. Malah ia sudah siap dibungkus dan ada yang dibotolkan. Memang Malaysia sangat!

10. Dodol
Di kedai serbaneka di Malaysia kini sudah boleh didapati dodol yang dibungkus comel seperti gula-gula. Ia mudah dibawa dan jika kita tidak sempat mengambil makanan berat, anda boleh mengunyah dan mengalas perut dengan dodol.

Kalau anda bagaimana? Apa makanan mudah yang selalu anda bawa ketika mengembara atau travel?

Sunday, 25 October 2015

AD Serunding Kelantan sentiasa terima tempahan serunding

Kepada anda yang ingin menempah serunding di AD Serunding Kelantan, jangan risau.. Serunding kami sentiasa dibuat setiap hari, sepanjang tahun.

Jadi, lepas ni, tak perlu risau AD Serunding Kelantan masih terima tempahan walaupun bukan musim raya.. 

Boleh hubungi AD melalui telefon/whatsapp/SMS di 0176681647 untuk buat tempahan.

Tuesday, 2 December 2014

Review AD Serunding Kelantan di Facebook



Review dari customer-customer AD Serunding yang terbaeekk...! AD Serunding amat-amat berterima kasih kepada customer semua. Lap u so much lah!

Tuesday, 25 November 2014

Instagram AD Serunding Kelantan

Kini anda juga boleh follow AD Serunding Kelantan melalui page instagram AD. Dengan klik, www.instagram.com/adserundingkelantan, dan follow, anda boleh tahu perkembangan terkini AD dan serunding-serundingnya. Hehehe.

Tunggu apa lagi? Follow @adserundingkelantan sekarang tau!



Sunday, 24 August 2014

Serunding untuk dibawa ke Makkah

Penerbangan pertama membawa jemaah haji Malaysia pada tahun 2014 dijadualkan berangkat pada 27 Ogos 2014 ini.

Jadi, kepada anda semua, bakal jemaah haji yang akan berangkat tahun ini, masih belum terlambat untuk menempah serunding AD untuk dibawa sebagai bekalan makanan segera di sana nanti.

Anda boleh menempah melalui private message (PM) di facebook AD, www.facebook.com/serundingaslikelantan

atau

melalui telefon, SMS / whatsapp di nombor 0176681647.

Kepada semua jemaah haji, mabruk ya hajj wa hajjah! Semoga pergi dan pulang membawa haji yang mabrur. :)